tadaaa~ hehehe.. ptg tadi tibe2 ak teringin sangat nk makan puding roti.. so apa lagi, ak pn try la buat puding tu.. so hasil die y mcm kt ats tu la.. first try ok~ actually simple sgt2 cara nk buat taw..
Bahan A
8 keping roti
2 cawan susu segar
Bahan B
4 sudu gula halus
2 sudu mentega
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu tepung jagung
2 biji telur
Cara-cara
1. Masukkan roti yang telah di carik halus bersama susu. Biarkan selama 30 minit.
2. Campurkan semua bahan B dan masukkan kismis
3. Masukkan bahan b kedalam bekas yang berisi roti tadi.
4. Bakar pada suhu 180, selama 30 minit. Enak dimakan bersama karamel