Assalamualaikum..
Alahai lama sgt tinggal kan blog ne.. tibe2 rindu pulak nak melalut dan mengarut kat sini.
Kat sini jela aku boleh mengarut, kang nak mengarut depan orang ckp aku giloz la pulak..
Inshaallah tak laa.. hihi, not too late kot nak wish Selamat Tahun Baru semua! Semoga tahun ne kita semua akan lebih matang dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. Shine bright like a diamond..
Erm, sebelum aku nak buat entry untuk tahun ne, macam2 tahun sebelumnya, aku akan rewind a few things utk tahun 2015.. Bismillah.,,,
1) Alhamdulillah, aku dah tamat belajar dan sekarang pemegang BSC(Hons) in Computer Science. Dah ade degree, otak mesti mcm budak degree! Ceh~ sentap.. haha.. Alhamdulillah, tak lebih tak kurang ucapan terima kasih untuk segala sokongan yang diberi, terutama keluarga.. =)
2) Alhamdulillah, sekarang aku dah bergelar seorang pekerja.. Syukur aku diberi peluang untuk cari rezeki. Tak besar mana pun kerja tu, tapi cukupla untuk diri sendiri dan sikit2 bantu keluarga. InshaAllah, aku nak lebih baik, tapi bersyukur dulu dengan apa yang ada.. hihihi.. =)
3) Alhamdulillah, yang teramat syukur sebab dah berjaya tambah komitment dalam idop! hahaha.. within 6 month aku kerja, terlahirla sebuah *bby blue*.. Usaha sendiri, semua sendiri.. Rasa sangat puas hati.. Mmg tk segah mana, tapi bile kite bersusah payah untuk capai sesuatu tu kita akn rasa sangat menghargai. Tk kisah la orang nak ckp, ala kecik je pun.. Janji aku yang berusaha untuk capai dan beli. Haha, Nnt aku kongsi gambar bby aku tu.. on next2 post la kot..
4) 2015? Takde yang tak best la sume best. Kita orang biasa n makhluk biasa.. Tak lari dari buat salah dan disalahkan.. Tapi aku akn terus belajar jadi manusia terutamanya jadi hamba yang lebih lebih baik. Bila buat silap kita cari jalan untuk perbaiki.. Lagipun, usia mcm aku skrg ne mungkin dh patut fikir lebih2 panjang kedepan. Bukan lagi toleh ke belakang untuk renung dan fikir benda yang dah lepas, We cannot turn it right. Selagi Allah bagi peluang aku akn terus perbaiki.
Jeng Jeng Jeng, on this year something gonna be happen. InshaAllah, Allah izin, kelurga izin, diri sendiri izin... Dengan diri sendiri pun kena mintak izin? sebab aku belajar supaya jangan menzalimi diri sendiri. Maksudnya? Haha, korang gali lah sendiri. Sebelum tu, aku mintak maaf kepada sesiapa yang pernah aku terkata, terumpat, tercakap, dan yang paling2 aku mintak maaf andai pernah aku sakiti sepanjang 2015, aku mohon maaf dari hujung rambut kehujung kaki. Dan aku dengan terbuka mata dan hati memaafkan sesiapa yang telah menyakiti aku secara sengaja ataupun tak! =)
p/s azam dalam diri untuk menulis bukan kerana emosi, sebab kelakar la aku baca older posts aku yang dulu.. Nampak sangat kebudak2an nyoo..Last but not least, aku menulis bukan untuk korang beri perhatian, tapi sekadar luahan hati dan menulis adalah terapi diri aku selain bercakap! Support aku k guys.. Assalam.. See u next post! XoXo...