BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 12, 2016

Tahniah

Tak tahu nape rasa ne tiba2 datang sedangkan dah 3 tahun berlalu. Nak kata sayang takde, nak kata rindu pun takde. Tapi bila aku tahu je berita tu tiba2 hati rasa sedih dan air mata pun mengalir. Nape aku rasa macam ne sedangkan dah takder rasa yang bermakna untuk dia. Aku rasa aku gagal untuk bertahan dengan kekuatan yang selama ne aku bertahan. Allah maha merancang dan mengetahui. 
Aku tak rasa kecewa sebab benda tu dah lama berlalu, tapi berita ne buat aku luluh dan jatuh. 
Aku tak rindu die, dan tak lagi sayangkan dia. Malah dah lupa. Setiap kali kalo kami berhubung pun sekadar untuk bertanya khabar. Dia masih perangai dia yang dulu. Masih sama! Dan aku tak pernah cari dia sebab aku tahu sume yang berlaku atas kesalahan aku sendiri. What goes around comes around.. I should accept it! Aku dah tahu lama benda ne, tu pun dari mulut kawan2. Tapi bila aku baca dan tengok sendiri, serious wei macam kena tampar. Bergegar hati, otak, kaki dan segala! Hah.. Aku tak tahu apa yang aku fikir, sebab sedih tu datang tiba2. Tapi aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia dan pasangannya. Semoga dia bahagia sampai syurga. Selamat mendirikan masjid.. Haha, jadi suami yang baik dan ketua keluarga yang baik ye! Sy taw awk akn baca benda ne.. =) Congratulation NHD!

p/s Never looked back, once you looked back you will regret for entire life! Step forward.. Happiness just waiting for you. <3


Sharing Is Caring ^_^

Feb 9, 2016

Family Time

Hai,jumpa lagi dalam entry yang terbaru.. Aku baru je sampai dari kampung, then takde benda nak buat so aku melincahkan tangan untuk update new entry kali ne. So untuk new entry kali ne aku nak story mory pasal family time aku sempena CNY semalam.. Alhamdulillah, dapat lah berkumpul bersama walaupun cuma kak lang and kak lynn aku je ade termasuk la abang aku. Walaupun takla ramai mana tapi cuti kali ne aku rasa syok habis. sampai nak pegang hp pun malas.. Sorry to yoouu =P.. almaklumla bila dah jumpa kaum kerabat terlupa pulak kat semua benda.. Kalo boleh nak spend every single minute with them.. I love my family so much!. Haha, tapi biasala bdan aku bila dah tetiba berubah cuaca amekkau! DEMAM teros.. Orang tengah syok2 berbbq kau tergolek kat dalam rumah sensorang.. Hua! Sedih yang amat.. Memula boleh tahan lagi tapi bila badan dah mengigil terpaksa tinggalkan majlis walaupun belom sempat menjamah.. Xpe, sakitkan ujian Allah =)..

Alhamdulilah, sehari je aku tergolek.. haha, pastu gagahkan diri pegi pasar, beli barang sume then badan pun sihat la.. So kesimpulan, jangan manjakan sangat badan ne.. almaklumla badan pun dah 2series.. haha.. Muda ok! Dan yang paling2 rasa appreciate bila kak lang aku repeat bbq semula.. So petang semalam ktorang repeat berbbq.. Siap ada kambing, ikan bakar, ayam bakar.. So, balas dendam la balik sebab sebelum tu tak dapat merasa. Tapi rugi la, ahad tu mak siap masak rendang dengan lemang lagi.. Mak buat lebih sebab maksu ade order.. Biasa la lemang mak kan disukai ramai.. Ecece.. Tak dapat merasa sebab belum masak pun lemang aku dah tergolek kat dalam rumah sampai pagi.. 
Bila dah penat berbbq sume budak2 sibuk nak cuci mata kat laut. So kitaorang pun pegila melepak kat Pantai Kuala tu, seronok dah lama tak tengok pantai. Cuci mata, hati sume kat situ.. Seronok yang amat cuti kali ne.. InshaAllah semoga Allah mengutuhkan lagi kasih sayang kami adik beradik, walaupun kadang2 ada salah faham tapi ikatan tu tetap ada.. InshaAllah sehingga syurga..  

Another good news, she will be a sisters soon.. Alhamdulillah.. mummy dah berisi.. Hihi, macamana nak handle ini budak with another coming soonn.. Hahaha.. Ini budak pun dah terlebih manja. Semoga my SIL and new comer sihat walafiat! Amin..

 p/s:mood vacay to pulau dah turn on.. P05, get ready yaaa. I applied my leave aldy.. <3


Sharing Is Caring ^_^

 
Copyright© All Rights Reserved eyenechocolicious.blogspot.com