Hari ini genap 8 tahun ayah tinggalkan ak Dan keluarga.... Sungguh besar kesan yang ditinggalkan ayah.. Ayah tinggalkan kami disaat kami masih memerlukan beliau. Ak ketika itu, masih tidak mengerti erti sebenar kehidupan.. Ketika itu, ak bru 13 tahun... Huhu... Kesedihan yang begitu mendalam.. Hidup seperti ak, tak semudah yang disangka.. Banyak halangan yang ak tempuh dan lalui.. Semua orang bijak berkata-kata dan menilai tetapi tidak pernah cuba merasa dan memahami apa yang dilalui.. Banyak kata-kata nista yang ak terima. Terlalu banyak tapi kekuatan yang Dia bagi untuk ak terlalu kuat dan berharga. Ak kuat kerana-Nya.. Dia yang telah menentukan segalanya. Ak sebagai umatNya wajib menerima.. Ini semua Qada dan Qadar.. Ak tidak menyesal dengan apa yang telah ditentukan olehnya tetapi menyesal dengan sesetengah orang yang tidak mengerti hidup orang seperti ak. Luaran hidup ak sempurna, tetapi dalaman hidup ak tiada siapa yang tahu.. Tapi tak kisahla, mungkin dorang tak faham nasib orang yang macam ak ne.. Ak redha.. Kepada ayah yang disayangi.. Orang rindukan kenangan kita bersama, perhatian dari kamo, senyuman mu.. Semuanya masih segar di ingatan anakmu walaupun setelah 8 tahun berlalu.. Anakmu disini sentiasa merindui dan menyayangi dirimu seumur hidupku. Ayah orang doakan ketenangan dan kesejahteraan ayh disana.. I'miss you :'( Al- Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Cute Person Comments:
Post a Comment