Sampai bila hati ini sentiasa bersedih,
Setiap kali aku cuba mengecap kegembiraan,
Semuanya pudar dengan sekelip mata sahaja.
Sampai bila hati ini sentiasa berduka,
Setiap kali aku cuba mengecap kebahagiaan,
Semuanya hanyalah sementara sahaja.
Dimanakah keadilan untukku?
Kenapa harus terjadi pada diri ini?
Betapa sukarnya diriku menjalani liku-liku,
Hidup yang penuh sandiwara dan penderitaan.
Penipu
Pembohongan
Adakah itu satu bala yang datang menghampiriku?
Manakah perginya kata-kata semangat untukku?
Mengapakah diriku selalu terpinggir dari yang lain?
Mengapa terlalu kerap diriku disakiti?
Diri ini telah bosan untuk menanggung semua itu,
Payah hati ini untuk mengatakan sesuatu
YANG TERSEMBUNYI...
0 Cute Person Comments:
Post a Comment