BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 22, 2013

Jodoh

chewaahh~ post entry kali ne macam gempak kan.. tibe2 aku cakap pasal jodoh..
first enty untuk hari ini pasal jodoh.. hahaha...tapi tak salah aku rasa kalau aku nak sentuh pasal jodoh ne.. yela, boleh kot dalam usia sekarang ne.. mancari mr Right.. insyaAllah Allah akan menemukan aku dengan Adam ku suatu hari nanti~post entry kali ne nak share article yang aku tertarik nak share ngan readers techdiaries..



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

NOTA ARTIKEL

Saya hanya ada dua rumusan yang boleh dibuat tentang soal hati:

1. Kita Diseru Untuk Memilih Pasangan Hidup

Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1-4:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا
(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Perintah Allah agar kita memilih jodoh masing-masing dan berkahwin demi mencari keredhaan-Nya dikuatkan lagi oleh hadis ini:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

 

2. Ketentuan Tuhan

Sebuah hadis ada menyebut:
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan.  Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.
Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.

NOTA TAMBAHAN

Gunakan Akal & Ikut Gerak Hati
(Dipetik daripada hasil perbincangan dalam forum mesra.net. Disusun oleh Che Ahmad)
Manusia hanya menggunakan 15% daripada akalnya dan 85% daripada hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan, cuma, bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9) Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

p/s kredit to cheamat.blogspot untuk sharing articles..


Sharing Is Caring ^_^

Sep 21, 2013

Pangsun waterfall~

here we go babe~
finally, esok akan ku menghabiskan masa2 ku di sana..
esok aku nak pegi picnic... tapi dekat2 je...
dengan sapa? agak2 ngan sapa ye.. hehehehe...
waterfall pangsun ne dekat hulu langat..
dekat je  dari tempat aku duduk sekarang ne...
sekali sekala lepas tension kita pegi picnic la kan..
selain dapat mengeratkan silaturahin dan kasih sayang...
chewaaah~

ne planning secara tak sengaja..
dari pergi jaoh2 baik pergi tempat2 yang dekat
tapi yang penting best taw..
dulu family aku suka pegi sini..
seronok...
kena air terjun yang sejuk tu..
sangat BEST!
jangan JELLY~

nanti next entry aku upload gbr2 kat sana..
hehehe... saja nak buat korang jelly...
oklah, skg nak masuk tido..
esok kita nak pegi picnic..
assalamualaikum~~ =)

p/s sangat damai olls kat sini.. seronok untuk mengisi masa lapang.. =)


Sharing Is Caring ^_^

Sep 15, 2013

kesempatan cuti~

di kesempatan cuti ne, aku rajin sgt belek blog aku ni.. bila aku blogwalking sume, aku tgk blog aku ne byk kekurangannya.. so di kesempatan cuti 3hari ne aku pun merajinkan diri mencantikkan blog kesayangan aku ne.. biasa la lumrah manusia sukakan benda yang cantik, so aku pun blogwalking banyak blog sehari suntuk ne untuk dapatkan inspirasi untuk chocolicious aku ne..

yelah, dah nak masuk 3 tahun aku jadi blogger.. adalah tersangat jarang aku ubah template, design utk blog aku ne.. hari ne baru datang kerajinan tu.. aku nak jugak jadi antara blog yang tercantik yang boleh orang lain follow dan jadikan contoh.. ~kan~

antara blogwalking yang aku buat, aku dapat senaraikan blog yang cantik untuk aku jadikan inspirasi.. korang pon boleh taw.. dorang sume ne tak kedekut ilmu =) ada tutorial lagi taw.. kat tepi chocolicious aku ne ade link jombinablog, korang like la kt situ.. banyak info pasal blog taw.

korang boleh la klik kt link tu dan tgk cmne dorang design dorang punye blog.. sgt nice olls...
okla.. cukuplah untuk entry kali ne, nak siap2 pegi tengok bunga api with mak and bpk abg kamal and my big family at putrajaya,, so lain kali aku celoteh lagi.. bye~ 


Sharing Is Caring ^_^

Craving~

OMG~ ohnomnom... melting with this meatball.. 

dah tak tengok kiri kanan dah die ne.. dia bantai sorang je bege bakar ne~


Sharing Is Caring ^_^

Sep 14, 2013

Postpone

postpone holiday kali ne.. tapi aku sangat tak kesah.. ne sebab kak lynn pnya mak n bpk mertua datang rumah.. dorang ne dr rengit johor.. jauh kan? almost 4jam kalo nak sampai puchong ne.. lagipun dorang ne sangat2 jarang boleh sampai kat sini.. tu sebab bila kak lynn cakap je dorang nak datang aku teros decide tak jadi pegi holiday.. xpela, holiday boleh je pegi bila2 kan..

nape ye aku sgt eksited bila dorang nak dtg? *my answer = aku dah anggap dorang ne macam mak dan ayah aku.. yelah, sangat lama dah aku ngan dorang ne.. dari kecik sampai lah dh besar panjang macam ne.. masa study kt johor pn slalu gak jmpe dorang.. sekarang je since dah dok KL jarang jumpa.. aku tersangat respect kat mereka dan bertuah berada dalam kalangan mereka =)

ne aku baru je lepas amek dorang kat TBS. dorang baru je sampai, abg kamal dan kak lin tak boleh amek sbb dorang keja.. so terpaksa la aku yang amek..alhamdulillah, sumenya bjalan ngan lancar.. hopefully, dorang okey je kot.. isnin ne dorang dah nak balik, kejap je dorang dok sini.. semoga Allah merahmati mereka hingga ke akhirnya.. ~amin~



Sharing Is Caring ^_^

alert myself

Tidak ada manusia yang tidak berubah dan hidup dalam keadaan yang static!

kalau idop manusia tu static maybe takkan ada masalah dalam dunia ne. yelah, suma manusia static dan tidak peduli pasal benda lain. takde persaingan, takde pertelingkahan, takde pecanggahan pendapat dan bla bla bla.. kalau takde lah benda tu sume agak2 dunia sekarang ne akan jadi macam ne ke?berfikir lah dari sudut yang positif, fikir yang positif dulu barulah ke negatif.. jangan negatif dulu *walaupun kdg2 alami masa yang negatif perlu dulu..

macam aku jugak, aku bukan seorang yang static dan aku adalah seorang yang sgt BETA!
u know beta? kalo dlm CS beta tu mksod die bnda yang akan sentiasa berubah... benda yang kita boleh upgrade and downgrade... hikhik.. maksod aku beta dlm diri ne aku nak hidup dan diri aku sentiasa berubah. tak nak yang static, tak nak yang takde cabaran dan tak nak yang xde penghujung.. (dah sume kau taknak, apa yang kau nak!) tapi hidup itu mematangkan.. kalo lah takde mereka2 yang mematangkan aku dengan segala cabaran2 itu, mybe aku lebih static lah kot! 

p/s please alert to myself that i need to change, i need a changes in my life. i need to more focusing in what i'm doing now.. 



Sharing Is Caring ^_^

Forteen-Kita



p/s sangat suka lagu ne, maksud yang tersirat pun sgt mendalam.. *dengarsambilpejammata


Sharing Is Caring ^_^

Sep 11, 2013

Sahabatku

Untuk mencapai kebahagiaan, kita perlu merubah cara pandang.
Sumber bahagia ada dalam diri kita, bukan dari luar kita.
Jangan pusingkan perilaku orang lain, belajarlah memaafkan.
Fahamilah bahawa orang melakukan kesalahan kerana ia tidak tahu.
Untuk mencapai kebahagiaan, berhentilah menyalahkan orang lain.
Kesempurnaannya kerana Hanya Allah yang Maha Sempurna

p/s kredit to sahabat <3


Sharing Is Caring ^_^

me and myself

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, 
mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, 

tidak akan terulang kembali. 
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,.. 
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.


Sharing Is Caring ^_^

Sep 8, 2013

~Beraya~

p/s si die beraya... merah cengitu la jadinyer.. hahahahaha.. muke nak comel je.. puiiih~


Sharing Is Caring ^_^

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah terhadap kepadaNya yang telah membuka hati ku untuk menunaikan lagi satu kewajipannya.. mimpi yang telah membuka hati aku.. alhamdulillah.. insyallah, dipermudahkan semuanya.. kalau sebelum ne selalu tuang insyallah di umur yang semakin meningkat ini mengambil keputusan untuk behijrah..

perubahan yang aku buat bukan untuk menyedapkan hati sesiapa tetapi untuk memenuhi tuntutanNya.. seikhlasnya.. Insyaallah.. tetapi bukan ini sahaja perubahan yang dituntut tetapi masih banyak lagi kekurangan diri yang ingin diperbaiki.. belajar dari mereka yang arif. insyaallah masih ramai lagi yang boleh membantu.. ingin cantik rohani dan jasmani.. tapi ingin lebih cantik pada pandangan sang pencipta.

bukan sementara yang diharapkan tetapi selamanya.. insyaallah.. aku masih perlukan bimbingan untuk setiap perilaku dan kata2..


p/s: sedikit demi sedikit.. insyaAllah.. doakan aku readers..







Sharing Is Caring ^_^

Sep 7, 2013

Betulkan keadaan kami

Saling memerlukan antara satu sama lain.

Menyebabkan kami masih bersama.
Dan masing2 berusaha utk perbetulkan keadaan yang sendiri yang buat.
Mintak maaf sebab saya punca B jadi macam tue.
Terima setiap kelemahan diri masing2 dari terus menyalahkan orang lain.

Saya terima setiap ketelanjuran perbuatan B.
B pun kena terima setiap ketelanjuran kata dan sikap saya utk perbetulkan segalanya.
Tidak lagi menafikan.
Tidak lagi menidakkan yang...
SAYA MASIH MEMERLUKAN B UNTUK DISAYANGI DAN MENYAYANGI...

p/s iloveyoubie~ {eyenenehamzahyatderaman}


Sharing Is Caring ^_^

I need a Vacay~

I need a VACATION~ 

hopefully menjadi plan kali ne ngan sume kawan2...
Penang wait for us~
hehehehehe~
insyaAllah...

p/s next week our vacay... with the bless and love <3


Sharing Is Caring ^_^

 
Copyright© All Rights Reserved eyenechocolicious.blogspot.com