p/s awak sangat memahami saya bie~ thanz for this song.. ILY.. :'(
Dec 21, 2013
thanz beloved
exam around the corner
assalam bloggy~ dalam sibuknyer aku menyiapkan kerja2 yang terakhir sebelum final exam aku next week sempat aku menjengah blog kesayangan aku ne. actually kalo ikot dalam tahap busy nyer tu memang tak sempat. nak keja course work babe,, penentu masa depan.. chewaahh~ tapi curi2 masa lah untuk blog kesayangan ne.. tahap busy yang aku hadapi ne tahap busy melampau.. sampai kadang2 terlintas kat mulut dan hati, kenapala aku amek degree ne. nasib baik ade my mom and my sis yang menyokong~ siap mengadu lagi kau! balik rumah mengadu yang sekarang stress tahap dewa.. tapi mereka memahami dan memberi kata semangat. mana taknya, maybe dorang perasan perubahan aku kot.. kat rumah sewa memang takleh tido lena, sebab tiap2 hari hidup dalam dunia mahasiswi ne. time balik rumah la time aku pulun tido~ tu sebab datanglah kata2 semangat dan kata2 dorongan yang buat aku tarik balik kata2 aku tu.. degree tu sementara susah, tapi insyaAllah dengan usaha ne masa depan akan berbaloi2.. tu pesan my mom.. thanz my mom~
tapi dalam stress sedih menghantui diri. rasa bersalah menguasai diri. tapi kalau terlajak perahu boleh diundur ne telajak kata.. padan muka~ ne sebab time tengah stress si dia mengacau memang makan maki lah kan.. sorry sesangat.. saya tahu awak terasa.. tapi biarlah saya settlekan segala masalah yang ada ne ok.. SENDIRI~ dah bberapa hari si dia diam tanpa berita. aku pun tak cari die. bukan taknak cari tapi kalo cari bnde tu akan jadi panjang, tu yang biar sume settle dulu nanti saya mintak maaf taw~ tapi takkan sampai 2minggu taknak cari kot~ rindu taw x... hurmmm... xpela, dah janji CNY nak jumpa.. time tulah saya mintak maaf~ saya belanja awak bege bakar.. awak kan suka.. haih~ yg penting ILY INY IMY...
tulah, sebagai pengajaran kat diri aku, kalau tengah marah dan stress jangan bercakp sebab dia boleh mengakibatkan orang lain terasa. biar calm down dulu baru lah pikiran tu tenang dan boleh mengeluarkan kata2 yang orang suka~ silence is much better..
Dec 19, 2013
Simpati
mungkin ne dugaan untuk family awak kali ne sayang~ InsyaAllah akan ade hikmah disebalik semua ne~ Tulah yang mampu aku cakap disaat dia ditimpa musibah seperti ini.. Be Strong my dear~
semua yang ada mampu melihat je, termasuk lah aku.. tengok dan simpati itu je~! yang si dia kena hadapi semua ne.. sangat kesian.. dengan majlis kawen yang akan berlangsung nanti. semuanya dah habis~ *bukan sayang kita yang kawen taw but his lovely sister* EH??? =P
baru tahun lepas si dia beli furniture baru last2 semuanya musnah, tapi apa yang mampu kite cakap.. SABARLAH ne sudah ketentuan Ilahi... Kena mulakan semua dari bawah lah.. bayangkan kalo masuk rumah dah xde apa2, tinggal sehelai sepinggang, kesian kan.. kite mampu dengar jelah.. hopefully, kepada pihak berwajib membantu mereka2 ne.. mereka ne sangat memerlukan pertolongan.. bayangkan lah kalo kita ditempat die.. :'(
perabot yang dah xboleh pakai~ |
tingginyer ayo~ |
memang tak leh selamatkan pape lah |
jalan kuantan, pahang.. |
kalo gayanyer camne ape je dapat diselamatkan~ |
Dec 10, 2013
Sahabat
Kita dan mereka
Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu“(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)
Kita rasa kita sudah cukup sabar dengan kerenah seseorang. Tapi pernahkah kita teliti, berapa ramai pula yang lagi banyak menahan sabar dengan kerenah kita?
Kita rasa kita sering mengalah dengan kawan-kawan. Tapi pernahkah kita mengambil tahu, berapa banyak yang kawan-kawan telah mengalah dengan kita?
Kita rasa diri dipergunakan bila seseorang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dirinya sendiri. Kita hanya dicari sewaktu bermasalah sahaja. Tapi pernahkah kita mengira, berapa ramai yang telah kita ambil kesempatan terhadap kebaikan mereka?
Akhirnya, kita kembali kepada titik hakikat yang asal. Kita dan mereka sama sahaja. Masing-masing punya perangai dan sifat berbeza. Masing-masing susah untuk menerima sesuatu yang berbeza dengan mereka. Maka, salah Allahkah pula yang mentakdirkan manusia bersifat demikian?
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.(HR Muslim)
Tips bersahabat
1. Hidupkan solat jemaah di rumah
Hanya dengan solat dan mendekatkan diri dengan Allah, kita dapat sama-sama merasa diri hamba dan mengurangkan sifat mementingkan diri sendiri. Sering kita memikirkan tentang diri dan kesenangan kita sahaja. Solat berjemaah banyak mengajar kita untuk patuh, kebersamaan dan persamaan taraf. Kita tak pernah lebih betuk dari sahabat kita. Kita tak pernah lebih baik dari teman serumah kita. Kita dan mereka bersujud bersama, semulia-mulia kepala kita dan mereka, akhirnya kita rendahkan sehingga kedudukannya lebih rendah dari punggung, mencium bumi yang sering kita pijak pula. Begitulah hinanya kita sebagai manusia, dan tingginya Allah SWT. Maka, secara tak langsung kita dapat mendidik hati untuk sentiasa meletakkan Allah sebagai neraca hidup kita.
2. Saling mendoakan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(HR Bukhari&Muslim)
Setiap yang kita inginkan untuk diri kita, maka doakanlah hal yang sama untuk sahabat kita. Memang susah untuk kita doakan apabila kita sendiri seorang yang competitive, sentiasa ingin lebih dari orang lain. Tapi, sedarlah wahai diri dan rakan-rakan, takkan sempurna iman kita jika masih ada sekelumit perasaan itu dalam hati kita. Doakan sahaja kebaikan mereka, kerana para malaikat akan mendoakan hal yang sama juga untuk kita.
3. Siapa buat lebih, dia dapat lebih. Siapa sabar lebih, dia dapat lebih.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”(HR at-Tarmizi)
Rasulullah SAW sendiri suka dengan orang yang memudahkan dan menyenangkan orang lain utnuk bergaul dengannya. Tak perlu merasa diri dipergunakan, tak perlu merasa kebaikan kita tidak diendahkan dan dihargai. Kerna hakikatnya, semuanya antara ita dengan Allah. Siapa yang kemas rumah lebih, basuh pinggan lebih, buang sampah lebih, menyenangkan sahabat lebih, dialah yang akan menjadi kesayangan Allah. Dialah yang akan mendapat ganjaran yang lebih dari Allah SWT. Maka, marilah sama-sama, kita berkejar-kejar mendapatkan ganjaran yang lebih dari Allah SWT.
Wallahu’alam...~
nyum2.. nak makan ne lagi~ |
housemate hangout
last week kitorang lepaking lagi~ ne angkara housemate yang sibok sgt nak pegi jom heboh kat bukit jalil tu lah,, especially my buddyz la.. =)nak dijadikan cite pasal eksited telebih, dia orang first bangun eksited katanyer.. tkejut aku bila masing2 sume dh siap aku tak bangun lagi.. yelah pagi sgt kot.. adoii mereka2 ne.. hik2... kitorg pagi2 dah menempuh orang ramai kat bukit jalil tu.. bayangkan lah.. tak pelah housemate punya pasal. aku ne kureng sikit kalo soh pegi tempat sesak2 ne.. lemas babe~
awal assari + faizal ismail.. |
awal bersama teddy pinknyer~ |
dah habis pusing, meyopping.. now kite balik lah~eksited muka kau! |