BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 19, 2013

bila takde cari!

hye olls,, ne entry awal pagi nama nyer~ hik2.. ne angkara keja2 yang belambak depan mata ne, time2 gini tak tido lagi.. malam ne try nak siapkan sume sebab esok aku ada function.. tak sabar3..
entry pagi2 ne pasal orang yang bila kita ada dok buat tak taw, tapi bila takde sibok nak cari2.. hai2, apesal? tak boleh ke bila dah menghilang tu hilang je teros jangan jadi macam biskut lah~ biskut chipsmore.. hehehe..same goes to me, hehehe.. kadang2 bila depan mata sibok nak gado, tapi bila jauh rindu pulaks.. aduyai, ne mengada2 namanyer kan.. sengaja carik pasal.. lama dah tak jumpa abam saya tu.. rindu teramat sangat rasanyer.. tapi masing2 sibuk.. aku ne memang sibuk lah kan,, memang tak sempat nak jenguk dia pun.. kalo dulu rajin lah jugak.. johor tu dah rasa jaoh sangat.. biar jelah dia je yang datang sini, tapi nak tunggu dia free tu bila pulaks.. Taon depan? kalo taon depan lama lagi woii..tulah, mengada sangat, orang tu kadang2 datang dari jaoh ade je yang ekau tak puas hati, ada je point kau nak carik gado.. tapi bila xde taw pulak kau rindu kan(pdn muke) :'(... seyesly rindu babe.. hopefully, kalo next week jadi pegi muar memang kita jumpa la ya abam.. tak lama la tapi kalo jumpa jap pon jadi.. janji awak kena turun muar pick up saya~ hehehe..
okla, sampai sini je entry kali ne, ne aku post entry pun sebab bosan hadap keja.. =P

p/s ke muar lah kita kalo takde aral melintang.. attend wedding kwn =)



Sharing Is Caring ^_^

Oct 17, 2013

Perasaan Ini Part II

amboi kau, sekarang dah pandai part2 ye.. hihihi.. maybe sebab ada cont.. tu sebab ade part2.. =)
sape dia untuk aku pikirkan? mudah terasa dengan kata2 aku? mudah tersentuh dengan word2 aku? sape die untuk aku jaga segala perkataan.. kena cakap yang menyenangkan hati dia je.. tsalah cakap sentap dan sentap.. nak suruh aku jaga hati dan perasaan dia? come on babe, ur my friend.. just my friend and not more than that.. aku perasan recently dia selalu cari aku.. untuk apa? aku dah masak dengan perangai dia. sorry my dear, u are not my priority anymore!

p/s selalu orang salah tafsir aku ne, lain orang yang aku tet! len pulak yang terasa haiih~ manusia2...


Sharing Is Caring ^_^

Perasaan Ini

perasaan sayang kat seseorang tu tak boleh di paksa.. kadang2 dalam kata kita tak suka, lama2 kita akan suka kat dia.. tula hebatnya perasaan yang Allah bagi kat kita ne. tapi jangan sampai tersalur pada saluran yang tak betol.. aku cepat jatuh sayang pada seseorang, sayang sebagai kawan, sayang sebagai keluarga dan sayang sebagai yang teristimewa. orang tak boleh memaksa aku suka pada dia ataupun benci pada dia.. setiap orang ada keistimewaan yang diberi.. aku tak cari yang sempurna tapi biarlah yang terbaik.. perasaan aku pada dia masih ada sisa2 sayang sebab dia yang pertama aku sayang. tapi dia juga tak boleh nak paksa aku untuk terima sayang yang di beri. aku cari sayang yang sejati bukan yang boleh diganti2.. yang bila perlu kata sayang, bila tak perlu kata benci.. sungguh aku kadang2 teremosi dalam menilai seseorang tapi teremosi itulah yang boleh halang aku dari yang sepatutnya.. aku taknak salah langkah, aku taknak ikot kata hati. biarlah akal dan fikiran yang waras ini menilai yang sepatotnyer.. cukuplah benda yang dah berlalu itu berlalu pergi, dan jangan kau ulangi~

p/s semakin aku lari, semakin dekat kau hampiri.. aku tak layak membenci tapi bukan kau untuk aku sayangi~


Sharing Is Caring ^_^

Oct 16, 2013

Tak Mungkin

hye olls =).. malam ne aku free sikit so boleh la aku jenguk jap techdiaries aku ne sebab kerja still boleh dicontrol lagi, so aku just usik sikit2 dulu.. mentang2lah ada masa lagi.. hehehehe, saja la aku ne mgedik buat lambat2.. hik3.. entry malam ne aku nak cite pasal condition aku sekarang.. 50-50.. adoiii, ne lah yang paling aku takot.. Aku taknak pisang berbuah 2kali.. TAK MUNGKIN~
Tapi hati ne kadang2 memberontak, nak ikotkan kehendak hati tu.. Ikot kata Hati mati.. ntahla, aku di uji sekali lagi dengan ujian mu.. ujian yang terus2an aku hadapi.. ujian manusia.. ujian manusia yang paling aku takuti.. takut diri merana lagi~ merana sebab apa? Hanya Tuhan yang Mengetahui.
Sungguh aku taknak, tapi kadang2 hati ne memberontak menurut sume itu, kadang2 jugak aku termakan dan teterima(apa da ayat ne >,<).. Aku lemah sebenarnya.. Lagi2 bila berhadapan manusia.. Tapi bila aku sedar, aku cuba menghindari.. LEMAH KAN AKU?! sedar pada kelemahan diri dan kekhilafan diri sendiri.. lemah pada sesuatu keadaan.. sesuatu keadaan yang dulunya aku ingini tapi sekarang yang aku hindari~ pesan pada diri, jadikan hari ini lebih baik dari semalam <3

Thanz buddyz, kata2 semangat awal pagi.. <3<3<3


Sharing Is Caring ^_^

Success

YA ALLAH, gembira tak terkata sekarang ne.. akhirnya dok pulun abes system tu aku dah berjaya buat.. syukur ya Allah.. berhari2 dok run coding yang memeningkan tu, Ari ini lastly aku berjaya run.. YA ALLAH hepi sangat mcm apa aku.. yelah, memang pulun aku buat coding tu.. syukur~

dalam orang happy sambut raya aku happy buat coding~ happy lah sangat kan.. Ne namanye pengorbanan.. tak pelah kot, hasilnya hari ini aku boleh run.. =) sampai tak sempat nak jenguk2 techdiaries kesayangan hamba ne... 
btw, tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~

p/s mintak maaf hujung rambut hingga hujung kaki my beloved mom.. <3<3<3


Sharing Is Caring ^_^

Oct 13, 2013

~Pulun Abes~

Walaupun aku cuti seminggu, tapi still tak terasa cuti dengan kerja2 yang perlu aku lunaskan ini.. tapi dalam kesibukkan aku sempat menjengah techdiaries dan share sikit articles yang aku rasa aku nak share.. lappy langsung tak tutup dan aku bekurung je dalam bilik sebab nak siapkan semua keja aku ne dalam masa seminggu je.. YA ALLAH, tak tau lah mampu ke tak.. seharian aku hadap benda yang sama.. letih mata dan otak aku ne.. nangis guling2 bila benda kita dah buat seharian tak jadi.. mintak2 la aku sempat buat semua ne..tapi dalam sibuk2 aku sangat tertarik dengan articles yang aku share sebelum entry yang ne.. ntahla, mungkin pada orang yang terasa, benda itu makan dalam tapi entahla, Allah je tau niat aku ini.. bukan nak memburukkan tapi untuk mengelakkan.. tak mahu lagi benda bodoh berulang lagi~

masing2 dah matang dalam hidup mungkin lebih matang.. tak perlu rasanya mengikut atau mencemburui diri orang lain.. setiap manusia yang dicipta adalah sebaik2 kejadian.. aku bukan ustazah, aku bukan yang terbaik.. malah aku rasa masih ramai lagi yang terbaik jika nak dibandingkan dengan aku yang masih lagi kekurangan. aku bukan orang yang patut kau cemburui, dan aku bukan orang yang patut kau persoalkan itu dan ini.. sebab AKU BUKAN SESIAPA~ tolonglah jangan memutuskan ikatan persaudaraan atas dasar islam hanya disebabkan sifat iri hati dan sebagainya..

p/s kita bukan sesiapa untuk menilai dan meletakkan kehinaan itu kepada seseorang-Hamka


Sharing Is Caring ^_^

Psikologi dan psikiatrik

KEMURUNGAN 

(MAJOR DEPRESSION)
Emosi
Tuhan telah menganugerahkan kita berbagai emosi ; gembira, susah hati, resah, tenang, cinta dan pelbagai lagi perasaan yang mewarnai hidup kita ini . Perasaan susah hati , gundah gulana, murung merupakan contoh emosi yang menggambarkan kesedihan.

Ia mempunyai spektrum daripada perasaan sedih yang tidak ketara kepada kesedihan yang melampau. Perasaan kita juga berubah-ubah dan berterusan dalam tempoh-tempoh tertentu. Si isteri mungkin merasa sedih selama dua atau tiga jam jika dimarahi suami dan kemudian gembira semula setelah keluar membeli-belah . Si isteri juga boleh merasa sedih sehingga berbulan-bulan jika kematian suami. Persoalannya, adakah semua perasaan sedih itu normal ?. Perlukah kita berjumpa doktor hanya kerana kita merasa sedih?.

Kemurungan (Major Depression)
Kemurungan atau depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat.

Kenapa kemurungan perlu dirawat?
Kemurungan perlu dirawat kerana ia merupakan penyakit yang boleh merosakkan diri kita melalui pelbagai aspek. Penyakit kemurungan menyebabkan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Pesakit yang mengalami kemurungan tiada tenaga, tiada motivasi, sakit-sakit badan dan tidak bermaya untuk bekerja seperti biasa. Mereka akan ponteng bekerja, prestasi merosot dan menimbulkan masalah dengan majikan. Keluarga pesakit juga mendapat efek negatif kerana pesakit tidak lagi berfungsi sebagai suami , isteri atau ibubapa yang bertanggungjawab lagi Mereka tidak menjalankan tugas seharian dengan baik, hilang pertimbangan dan tiada kawalan diri.

Di peringkat yang teruk, pesakit mempunyai perasaan bersalah, tidak berguna dan akhirnya ingin membunuh diri. Psikosis juga boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat dengan segera.

Apakah tanda-tanda kemurungan?
Tanda-tanda utama kemurungan adalah perasaan sedih, tidak gembira atau tidak ceria yang berlarutan melebihi dua minggu. Perubahan biologi (seperti perubahan tidur, berat badan, selera makan , nafsu seks, tenaga dan sakit-sakit badan) dan perubahan kognitif ( seperti kurang tumpuan, mudah lupa, rasa bersalah, tiada keyakinan, putus harapan, rasa tidak berguna dan membunuh diri) juga boleh berlaku ( Rujuk gambarajah)


Terdapat juga pesakit yang mempunyai kemurungan atipikal. Kemurungan Atipikal (Atypical depression) adalah kemurungan yang berlaku dengan tanda-tanda yang luar daripada biasa seperti selera makan yang bertambah (pesakit yang terlalu stress makan banyak untuk hilangkan stress), berat badan akan bertambah (kerana makan dengan banyak) dan mereka juga banyak tidur. Ini berbeza daripada kemurungan biasa di mana pesakit tiada selera makan, berat badan menurun dan susah untuk tidur.
Bagi kanak-kanak dan orang tua pula, mereka mungkin mempunyai tanda-tanda kemurungan yang tidak ketara dan sukar dikesan kerana mereka mempunyai tanda-tanda yang berbeza yang dipanggil masked depression. Bagi kanak-kanak dan remaja kemurungan sukar dikesan kerana mereka mungkin mempunyai tanda-tanda seperti masalah tingkahlaku , sakit-sakit perut, histeria sebagai presentasi kemurungan. Bagi orang tua pula, kebanyakan mereka mempunyai masalah-masalah seperti gastritis, sakit kepala, sakit sendi, mudah lupa dan pseudodementia sebagai tanda kemurungan.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat kemurungan?
Jantina: Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi lebih ramai wanita mengalami kemurungan berbanding lelaki . 15 - 25% kaum wanita boleh mendapat penyakit ini.
Umur: Purata pesakit berumur 40 tahun. 50% daripada mereka yang mengalami kemurungan berumur antara 20-50 tahun. Kemurungan juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang tua.
Taraf perkahwinan: Kemurungan lebih kerap berlaku di kalangan individu yang tiada pasangan hidup seperti duda, janda dan balu berbanding individu yang berkahwin.
Keluarga : Kemurungan adalah penyakit turun temurun. Jika anda mempunyai keluarga ( seperti ibu, bapa atau adik-beradik) yang mengalami penyakit ini, anda 2-3 kali lebih daripada orang lain untuk mendapat kemurungan
.
Apakah penyebab kemurungan?
Kemurungan disebabkan oleh interaksi faktor-faktor biopsikososial.
Di antara faktor psikososial kemurungan:
  • Masalah sosial seperti menjadi mangsa penganiayaan , penderaan fizikal atau seksual, kematian orang tersayang, putus cinta, kesempitan wang, gagal dalam pekerjaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Masalah sosial ini mungkin telah lama dialami tetapi masih menjadi memori kepada pesakit dan boleh mencetus kemurungan.
  • Cara menyelesaikan masalah: Kemurungan lebih mudah berlaku di kalangan individu yang tidak tahu cara yang baik untuk menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai Coping Strategy dan problem solving technique yang betul dan produktif lebih mudah menangani masalah dan kurang risiko untuk murung.
  • Personaliti. Tiada satu personaliti tertentu yang menyebabkan individu mendapat kemurungan, tetapi terdapat individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti terlalu obsessif ( terlalu teliti, bercita-cita tinggi dll), dependent ( bergantung kepada orang lain dan non assertive ( tidak mampu menegakkan hak sendiri) yang mudah mendapat kemurungan.
Diantara faktor biologi kemurungan:
  • Ketidakseimbangan neurotransmitter (seperti serotonin, noradrenalin, dopamin) dan reseptor ( seperti reseptor 5 HT2, ) yang penting dalan fungsi otak dan saraf
  • Ketidakseimbangan regulasi hormon seperti hormon kortisol dan tiroid
  • Patologi di otak seperti dilatasi ventrikel, patologi limbik sistem, prefrontal dan basal ganglia
  • Faktor genetik
  • Jangkitan virus di awal kelahiran atau di peringkat janin.
Bagaimana kemurungan di rawat?
Rawatan kemurungan adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual
Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.
Pesakit yang mengalami kemurungan serius
Pesakit yang mendapat kemurungan serius perlu dimasukkan ke hospital . Diantara tanda-tandanya:
  • merbahaya kepada diri sendiri ( cth: perasaan atau cubaan bunuh diri, tidak mahu makan dan minum sehingga kesihatan terjejas)
  • merbahaya kepada orang lain ( cth: perasaan benci keterlaluan sehingga berniat mencederakan atau membunuh orang lain)
  • mempunyai tanda-tanda psikosis yang keterlaluan
Ubat-ubatan:
  • Ubat antidepressant perlu untuk menangani kemurungan dan di beri sehingga pesakit benar-benar sembuh dan boleh berfungsi semula dengan baik
  • Ubat antianxiety perlu untuk menangani keresahan tetapi diberi untuk tempoh yang singkat
  • Ubat sleeping pill di beri jika perlu untuk memudahkan pesakit tidur dan rehat dengan cukup tetapi untuk tempoh yang singkat.
Rawatan Psikososial :
  • Berbincang cara penyelesaian masalah ( problem solving technique)
  • Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan ( anger management)
  • Berbincang cara terbaik menangani stress ( stress management & coping skill)
  • Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi (Psychoeducation)
  • Perbincangan tentang menyelesaikan masalah kewangan dan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan
Psikoterapi ( RUJUK PSIKOTERAPI)- mengikut kesesuaian
  • Supportive psychotherapy
  • Cognitive Behavioural Therapy (CBT)
  • Interpersonal Psychotherapy (IPT)
  • Psychodynamic psychotherapy
  • Family therapy
  • Group Therapy
Pesakit yang mengalami kemurungan ringan dan mempunyai sokongan keluarga yang baik boleh memilih untuk bantuan psikososial dan psikoterapi sahaja.
Untuk pengetahuan lebih lanjut sila rujuk: Malaysian Psychiatric Association ( Practice Guideline ;Management of Major Depressive Disorder 2007)

p/s aku share articles ne sebab tiba2 aku rasa macam ada orang yang macam ini di kalangan aku.. bukan nak menghina tapi aku rasa dia memang macam itu dan dah ke arah itu.. Ya Allah andai dia sedang membaca articles ini, awak perlukan rawatan segera.. ~big sorry~ “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” - Surah Al-Imran Ayat 139


Sharing Is Caring ^_^

Oct 12, 2013

Project>Assignment>Task>Lab Test

OMG~ sekarang rasa sangat stress babe.. yela, banyak sangat keja yang dah delay taw.. dengan assignment yang berbakul2 yang menunggu tu, task lagi, lab test lagi.. YA ALLAH, dengan dua kaki, dua mata, dua tangan ne mampu ke aku buat semua ne dalam masa yang ditetapkan.. berikanlah aku kekuatan untuk semua ne..


Ne aku jengah sekejap Techdiaries ne pon sebab kepala dah tak tahan sakit tengok coding depan mata ne.. sekarang aku tengah run system attendance.. ne untuk project internet technology aku yang dateline die minggu depan.. YA ALLAH baru 40% jelah yang siap.. yang lain belum dan tak run pun lagi... system ne pun aku tak link dengan database lagi pun, so tak tau la macamana.. kalo problem masa nak link nanti aku nak pengsan rasanya.. (selisih lah)

system ne aku buat pun sebab dapat pertolongan beloved sista.. die yang tolong dapatkan data2 yang aku perlukan untuk system ne.. thanz sista, kalo sucess system ne orang belanja makan taw =)...  kira fair la, orang tolong awak ..ok la, kena sambung memeningkan diri, tapi sebelum tu aku nak share gambar coding2 yang aku dah buat tu.. itupun kalo korang faham lah ye~ bye...





Sharing Is Caring ^_^

Oct 11, 2013

GIRLS DAY OUT PART II

boleh dorang cakap ne awal asaari.. sama ke? sampai sanggup amek gbr~ #haiih


`kami di zoo negara~ 
di sebalik shot ne, ada pakcik yang baik hati ngan kami.. thanz pakcik~

takkan jalan je kot~ makan lah pulakz.. nyummy...
ne kitaorang kat central market.. jalan2 petaling street =)


Sharing Is Caring ^_^

GIRLS DAY OUT

Mereka lah teman yang di cari.. Alhamdulillah dah nak masuk 5 tahun dengan mereka2 ne semua.. Alhamdulillah jugak kami serasi bersama.. Suka Duka bersama.. Dari Batu Pahat sampailah Kuala Lumpur.. InsyaAllah hingga ke akhir hayat ukhwah ini kami akan jaga sebaiknya..

Tak semuanya manis, dan tak semuanya pahit.. Dari situ kami kenal hati budi masing2.. Kita tak sempurna, kadang2 teremosi, termarah dan segala ter.. tapi dalam hati mereka tetap teman yang terbaik..

girls day out.. sejak mereka duduk kat KL banyak tempat dah yang aku dah bawak.. lagi2 sejak duduk rumah sewa ne, memang weekend ada je aktiviti kitorang bersama.. release tension bila weekend la katakan.. selain balik kampung..

aku happy bila mereka happy, aku takla familiar sangat jalan KL ne sebab selama ne bukan drive sendiri pun, tapi sebab mereka la aku belaja travel KL ne walaupun dah dok KL ne bertahun2, jalan la paling susah aku nak hafal.. leceh + byk sgt jalan.. >.<

insyaAllah persahabatan kami ne long lasting.. walaupun nanti kita akan ada keluarga sendiri.. ~ececece~ insyaAllah kami akan tetap bersama.. Nak membina keluarga pun ada perancangan taw dengan mereka.. dasyat tak? sapala antara kami yang akan menukar title dulu ye? sama2 lah kita doakan ye~ sebab macam dah berbau nasi minyak je~ hahahahhaha.. siapa??? ~biarlah rahsia~ <3



     p/s HERE WE GO~
KAMI DI @I CITY.. MERIAH BETUL KALER <3

KAMI DI THE CURVE- SEMPAT POSING DULU =)

NE NAMA NYER SAMBIL MENYELAM MINUM AIR 

KAMI DI @SUNGAI CONGKAK- PICNIC TIME

MOVIE TIME... 3D MEATBALL 2... @THE CURVE DAMANSARA


Sharing Is Caring ^_^

 
Copyright© All Rights Reserved eyenechocolicious.blogspot.com